Friday, August 21, 2009

Majlis Tahlil Arwah..

Sempena menyambut ramadhan al mubarak pada tahun ini, PPKI SKBTS telah mengadakan majlis yang penuh ilmu & barakah pada 21 Ogos 2009..
Tujuan utama majlis ini adalah untuk mengadakan bacaan Yassin & Tahlil Arwah untuk seorang murid PPKI yang telah kembali ke rahmatullah pada tahun lepas, iaitu adik Muhammad Haris Afiq.. semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Hariz..
penyampaian cenderahati kepada Imam Masjid oleh En. Muhd Yazid b. Sulaiman, GPK Ko-Kurikulum SKBTS..
sekarang mari kita pulang ke sekolah..
lepas ni, ada ceramah.. jadi, kita MAKAN dulu!!!
ceramah agama oleh Ustaz Osman

Thursday, August 20, 2009

LAWATAN SOSIAL KE PERPUSTAKAAN NEGARA

Pada 20 Ogos 2009, satu lagi program sosial telah dirancang oleh PPKI SKBTS~
Lawatan ke Perpustakaan Negara..
Tetapi, sebelum itu, satu program keselamatan jalan raya telah diadakan di Tasik Titiwangsa dengan kerjasama bahagian trafik DBKL.. memang menarik dan berinformasi betul program ini.. Ia telah mengajar murid-murid untuk melintas jalan & berjalan di jalan raya dengan selamat..


intan melintas.. hehe




TERIMA KASIH !!!


seterusnya kita ke LIBRARY!!

dan sekali lagi.. aksi ketika pulang semula ke sekolah adalah kemuncak segalanya..
hahahaa...
mari kita tengok.. siapa yang kena..

Friday, August 14, 2009

Sambutan Minggu Patriotisme & Minggu Pendidikan Khas

14 Ogos 2009
hari terakhir sambutan minggu patriotisme & minggu pendidikan khas PPKI SKBTS..
hari ini adalah hari untuk memasak..
tema kali ini adalah IKAN & SAYUR-SAYURAN..
huhu..
macam sengaja tanak bagi saya makan je..
huh..~





maka, tamatlah minggu pendidikan khas & minggu patriotisme tahun ini..
harap tahun depan lebih menarik ye!!
yang pasti, tema ikan & sayur tak boleh pakai lagi!!
yeay~~

Thursday, August 13, 2009

LAWATAN KE ZOO NEGARA

Pada 13 Ogos 2009, PPKI SKBTS telah membuat lawatan sosial ke zoo negara.. Program anjuran cikgu jazz ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada ibubapa (bukannya murid).. secara kasar boleh dikatakan, bilangan dewasa lebih banyak daripada murid.. hurmm... musykil...
apa2 pun, program ni memang seronok..








tapi, lagi seronok melihat gelagat guru-guru dan murid-murid semasa dalam perjalanan pulang ke sekolah.. hehehee....
seronok betul..










seronok kan??
hehhehehee..